
Mereka juga menggunakan Stevia
sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan
kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas
rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang
mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu
tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic,
menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin
menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia
juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik
dan obesiti.
Rentetan
penggunaan cara tradisi yang meluas ini telah dicatat oleh orang Sepanyol dalam
dokumen sejarah tersimpan di Arkib Kebangsaan di Asuncion Paraguay. Para
sejarawan telah mencatat kegunaan daun Stevia oleh kaum pribumi sebagai pemanis
teh “sejak zaman kuno” lagi. Seterusnya, daun Stevia ini telah diperkenalkan
kepada “kaum pendatang”. Pada tahun 1800, kegunaan daun Stevia sebagai
makanan harian telah meluas diterima dan diguna oleh penduduk wilayah Latin
Amerika, termasuk Brazil dan Argentina.
Seperti penemuan Benua Amerika itu sendiri, “penemuan Stevia” dicatat dan telah diberi penghargaan kepada seorang penjelajah botanis Itali yang tidak bagitu kenali wilayah Guarani (dan juga dilaporkan ketika itu hadapi kesulitan untuk menemui daun herba ini) kerana telah mempercayai bahawa beliau telah “menemui” sesuatu tumbuhan herba yang tidak begitu diketahui umum.
Kegunaan
stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak
itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia.
Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun
ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia
boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
0 comments:
Post a Comment