Tuesday, August 7, 2012

Bahan Tambah Dalam Makanan : Halal ke Haram?

 

hah? halal ke haram? 
bahan tambah pun ada yang haram juga ke? 
Jom kita baca dan fikir =)

Perkembangan teknologi makanan moden tidak boleh dihalang lagi yang berupaya mengubah corak kehidupan manusia. Persoalannya adakah perkembangan ini seiring Islam?

Impak perkembangan teknologi makanan, maka pelbagai bahan tambahan makanan digunakan untuk mengelak makanan daripada menjadi punca keracunan makanan, memanjangkan jangka hayat makanan, membantu pemprosesan makanan, memperbaiki rupa, rasa dan sifat makanan supaya lebih konsisten dan kekal.

Peraturan 19 (1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyebut: "Bahan tambahan makanan ialah bahan yang ditambah secara sengaja ke dalam atau ke atas makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengekalkan/membaiki kualiti, penampilan, perisa, bau, rasa dan tempoh penyimpanan tidak termasuk vitamin dan mineral'. Bahan tambah ini termasuklah 'Nombor E'.

'Nombor E' ialah kod nombor untuk bahan tambah dan ia selalunya digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Amerika Utara terutama Kanada dan Israel. Skim penomboran ini mengikut International Numbering System (INS) yang ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius (dalam bahasa Latin bermaksud kod makanan atau buku makanan.

Antara E-Number yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan ialah warna, pengawet, oksidan, fosfat, antioksida, pengawal asid, pemekat, pelembap, penstabil, emulsifier, garam, regulator asid, ejen penghalang kerak, penambah perisa, antibiotik, pemanis dan bahan kimia tambahan.
Bahan itu boleh dianggap halal atau haram bergantung kepada sumber proses. Dalam hal ini, Jakim sebagai pakar pensijilan halal dunia akan memastikan sumbernya disahkan halal melalui pemeriksaan dan pemantauan yang teliti dari segi syarak dan teknologi.

Selain itu, ia juga mesti dibuktikan melalui sijil halal daripada badan Islam yang diiktiraf Jakim. Bukan nombor itu menjadi ukuran halal haram tetapi sumbernya dikenal pasti status halalnya. Apa juga nombor yang digunakan jika ada logo halal, maka ia mematuhi piawaian halal Jakim.

Ada juga bahan tambahan makanan lain yang diragui (mashbuh). Ia boleh jadi halal atau haram bergantung kepada sumber ambilan atau status sijil halal. Perkara inilah tidak diketahui oleh orang Islam disebabkan perkembangan teknologi makanan kini.

Nu'man bin Basyir meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasul SAW bersabda: "Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya, ada perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya." (HR Bukhari dan Muslim)
 
Banyak bahan tambahan makanan seperti bahan pemekat, penstabil, perasa, pewarna dan sebagainya. Contohnya 'antioxidant', 'animal shortening', enzim, 'gelatin', 'lard, 'renin/renet/polysorbate glycerine', 'collagen', 'tallow' dan lain-lain.

Menurut Dr Abdul Karim Alias (USM), 90% pengeluar gelatin dunia yang kebiasaannya diambil dari lembu (bovine) dan babi (porcine) adalah tidak halal. (Kertas kerja dibentangkan di World Halal Research 2009). Begitu juga penggunaan rennet dari perut anak haiwan untuk buat keju, maka Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan iaitu keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperoleh daripada tumbuhan, kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

Bahan pewarna dalam makanan juga boleh diambil daripada 'Cochineal' (serangga) untuk warna merah tetapi diharuskan oleh fatwa kebangsaan berasaskan kepada ukuran piawaian yang ditetapkan, tidak melebihi 0.003-0.006%.

Kajian saintis lebih mendalam lagi dengan kelebihan kejadian manusia apabila ditemui bakteria baik (lactobacillius) dalam najis bayi berumur 2 tahun ke bawah. Maka Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan iaitu hukum menggunakan bakteria yang diambil daripada najis bayi sebagai ejen pemangkin dalam 'yogurt' adalah harus dengan syarat sudah melalui proses pengasingan dan penyucian mengikut syarak.

Perkembangan teknologi ini memberikan kerumitan kepada pengguna untuk mengetahui status halal. Namun Jakim mengambil langkah proaktif dengan menerbitkan buku Bahan-Bahan Tambah Makanan Halal (Handbook of Halal Food Additives) selain e-halal dan e-fatwa untuk menjadikan pengguna bermaklumat. Amalan pemakanan halal lagi sihat ini harus dimulakan sejak awal lagi. Tabiat pemakanan yang halal lagi sihat ini akan diwariskan hingga dewasa untuk membina generasi Islam. Penulis mencadangkan supaya memasukkan elemen halal di dalam silibus pendidikan Islam sama ada di peringkat menengah atau universiti (ijazah/diploma) serta modul latihan di agensi kerajaan.


Monday, August 6, 2012

Sejarah Daun Stevia


 
Sebenarnya daun Herba STEVIA telah digunakan 1500 tahun dahulu. Kaum pribumi Paraguay iaitu orang Indian Guarani telah mengenali tentang kelebihan dan keunikan daun stevia ini berabad-abad sebelum penjajah-pejajah dari Eropah datang meneroka benua Latin Amerika untuk tujuan kekayaan. Ia dikenali dengan nama "Kaa he he" yang bermaksud ramuan manis. Ia memiliki tenaga pemanis yang tiada tandingannya. Mereka sering menggunakan daun Stevia ini untuk seimbangkan rasa pahit minuman “mate” (sejenis minuman tradisi seperti teh) dan juga sebagai ubat ramuan, atau sebagai jamu yang dikunyah kerana kemanisannya.  

Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Rentetan penggunaan cara tradisi yang meluas ini telah dicatat oleh orang Sepanyol dalam dokumen sejarah tersimpan di Arkib Kebangsaan di Asuncion Paraguay. Para sejarawan telah mencatat kegunaan daun Stevia oleh kaum pribumi sebagai pemanis teh “sejak zaman kuno” lagi. Seterusnya, daun Stevia ini telah diperkenalkan kepada “kaum pendatang”. Pada tahun 1800, kegunaan daun Stevia sebagai makanan harian telah meluas diterima dan diguna oleh penduduk wilayah Latin Amerika, termasuk Brazil dan Argentina.

Seperti penemuan Benua Amerika itu sendiri, “penemuan Stevia” dicatat dan telah diberi penghargaan kepada seorang penjelajah botanis Itali yang tidak bagitu kenali wilayah Guarani (dan juga dilaporkan ketika itu hadapi kesulitan untuk menemui daun herba ini) kerana telah mempercayai bahawa beliau telah “menemui” sesuatu tumbuhan herba yang tidak begitu diketahui umum.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Wednesday, August 1, 2012

Kelebihan Stevia..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Selamat pagi cikgu sekalian.. =)
OK, harini kita nak berkenalan dengan satu pokok ni..
Namanya STEVIA!
(macam nama perempuan pulak eh)


OK lah.. Stevia ni merupakan pemanis semula jadi, diperbuat dari daun pokok stevia..
Daun ni walaupun kecil tetapi sangat manis dan tidak mengandungi kalori dan gula.
Kalau begitu, stevia merupakan pilihan yang selamat untuk dibuat pemanis tiruan.
Satu penyelidikan telah diadakan dan didapati "Stevioside telah digunakan dengan selamat selama 2 tahun dalam dos sehingga 1500 mg setiap hari"..
Huiyoh! Ini satu penemuan baru!
Sebebanrnya, stevia boleh menjadi 3000 lebih manis daripada gula, jadi sebenarnya, kita tidak akan mengambil stevia 1500 mg walaupun selama seminggu.. (^.^)

KELEBIHAN STEVIA

1. Mengurangkan Berat Badan

Jika rakan-rakan semua ingin menurunkan berat badan, rakan-rakan perlu membakar lebih banyak kalori daripada yang rakan-rakan ambil.
Kiranya bolehlah berjoging di tasek 3 kali sehari.. muahahah!
OK, susahnya kannn?? Nak cara mudah... jawapannya : stevia!

Stevia tidak mengandungi kalori dan tidak akan menaikkan gula di dalam darah. Jika paras gula di dalam darah stabil dan sihat, tentu berat badan tidak akan naik.. masuk akal kan?

2. Selamat untuk gigi

Jika seseorang mula menggunakan pemanis tanpa gula untuk menggantikan gula bertapis dalam diet mereka, mereka mungkin akan melihat penurunan kerosakan gigi. Pada tahun 1999, orang biasa dimakan 158 paun gula setahun. Ini bermakna bahawa orang biasa memakan lebih daripada 3 paun gula setiap minggu! huiyoh.. betol kah ni? =.='

Ayuh fikir betapa banyak dah dula yang kita semua dah makan! Jom menjejaki apa yang kita dah makan. Antara makanan yang dibungkus dengan kadar kandungan gula yang tinggi adalah sos tomato, kacang panggang, sos salad, daging di dalam tin, jus yang diproses, air bekarbonat.. oh,oh,oh... =.='

Hanya satu yang saya boleh banyangkan, dengan menggunakan stevia, saya dapat menyelamatkan gigi-gigi saya.. oh my lovely teeth, i love you!!! =) senyum dengan gigi berbaris putih adalah chantek tahu tak?

3. Tekanan Darah yang Lebih Rendah

Terdapat satu penyelidikan yang menyatakan bahawa stevia boleh dan mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan hanya menggunakan antara 750-1500 mg stevioside setiap hari.

Amanda Gardner, di CNN.com, menyatakan bahawa penyelidik telah mengaitkan penggunaan yang tinggi fruktosa, satu lagi gula yang tersembunyi, dengan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 30%. Malah, rakan-rakan hanya perlu minum 2.5 tin atau lebih soda biasa setiap hari untuk meningkatkan risiko anda. Oh, saya memang suka minum minuman manis, takotnya... =.='

Jika lebih ramai orang memilih untuk mengurangkan risiko mereka dengan tidak minum soda dan menggunakan stevia sepanjang hari, mereka mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk menurunkan tekanan darah mereka pada masa akan datang. oh yeah!

4. Mengurangkan Gula di Dalam Darah

Penyelidikan yang lain juga mendedahkan bahawa 1000 mg stevioside boleh mengurangkan gula darah sebanyak 18%. oh yeah!

Bagaimana untuk Menggunakan Stevia

Terdapat banyak makanan yang digunakan pada setiap hari yang menggunakan pemanis, yang sebanarnya berbahaya.. oh yeke? =.='
Jadi bagi mengelakkan 'bahaya' muncul dalam hidup kita, apa kata kita gunakan stevia..
Sebagai contoh, stevia boleh digunakan di dalam sos spageti untuk memaniskannya.. Atau di dalam jus lemon untuk satu hidangan jus lemon yang manis dan menyegarkan.. Oh sodapnya! Atau membuat smoothie dengan menggunakan stevia...
Wahhhhh... saya mahu stevia sekarang!!



Ringkasan

Walaupun stevia telah menunjukkan kualiti yang banyak, penyelidikan lanjut masih perlu dijalankan dan dibuat untuk mengesahkan dan menguatkan manfaat yang kita ketahui seperti di atas..  Sementara itu, kita-kita semua boleh menikmati kemanisan semula jadi stevia tanpa bimbang akan penyakit berkaitan gula.. woha!
 

Bahan Tambah Dalam Makanan Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting